Khamis, 27 Jun 2013

SOLO



Percaya atau tidak aku kini bergelar  solo! Wow! Bukan lah sesuatu yang membanggakan namun aku seperti senang dengannya. Bagaimana ya …?

Ada masa bosan ya amat sangat, dan masa tu lah aku akan terkenang kenang. Mulalah , air ‘sirap’ nak keluar. Tapi aku masih cekal. Cekal kan hati.
Satu yang aku pegang ketika ini dan pasti untuk selamanya bahawa, Allah pasti merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku. Mungkin ku rasa berat segala yang terjadi tapi ku pasti Dia menitipkan sesuatu yang indah buatku di lain hari dalam hidup ku bergelar seorang hamba.

In sya Allah, aku pasti bahagia. Amin. Ya.. Rabbi..


Seseorang yang baik hadir ketika aku jatuh. Terima kasih kepada dia. Namun, ini bukan masa yang sesuai untuk aku membina hubungan yang baru. Aku tak nak memperjudikan hidupku, hatiku lagi. Cukuplah tamat disini. Bukan sudah berputus asa, namun ini yang terbaik . Aku mahu seseorang yang pasti dengan ku, dan dial ah khalifahku. Bukan hubungan di atas tali lagi.

Aku teruskan kisahku, hidupku seperti biasa. Aku ingin yang terbaik dan aku akan lakukan yang terbaik dalam hidupku.

Semoga Allah mendengar setiap rayuanku, permintaanku dalam doa ku. Amin.


#Saat ini : Aku masih tidak lari dari memikirkan dia. Muhammad Ikqram Haqkimi .

 –Maafkan aku. Aku takkan cuba untuk kembali, aku redha dengan Ketentuan Allah. =)



ITU BUKANLAH AKU ‘NURHIDAYAH


Kadang kadang kita perlu mengorbankan hati sendiri demi sesuatu yang tidak menyakiti kita.

# tak tahu kenapa aku tiba tiba datang mood nak dera jari jari aku ni. Mula menaip sesuatu yang tidak pernah on planning.
Semakin hari.. semakin ramai orang yang aku kenal. Semakin banyak kisah yang aku tahu. Mereka ada cerita yang sama. Cerita dimana mereka perlu korbankan sesuatu demi hati mereka.
“Kamu masih muda” itu ayat selalu aku dengar. Ya. Aku tak pernah nafikan. Kami masih muda dan kami telah tersilap langkah dengan meletakkan hati sebagai raja segala kehidupan. Dan akhirnya kami jatuh ke dalam gaung yang paling dalam sehingga tak mampu untuk diselamatkan. Arghh aku terlalu banyak guna bahasa yang susah untuk diertikan.
Aku melakukan kesilapan dengan cuba menyerahkan hati pada seseorang yang bukan mahram ku. #hati je la =,=

Kadang kala aku lebih patut menjadi seseorang yang keras hatinya..kering jiwanya. Namun… tergamakkah engkau melihat tangisan dan hiba seorang wanita yang lain sedangkan kau wanita juga seperti dia. Bukan mahu diukur kebaikan itu dasar apa. Cuma ia perasaan yang tak mungkin kau fahami wahai .. bakal khalifah dunia. Andai seorang wanita itu sanggup mengambil sesuatu yang bukan untuknya ..dia benar benar keras hatinya, bukan kejam namun hatinya perih dan kuat untuk menanngung rasa perit dan sakit yang bakal mendatang. “Hidup tak selalu indah, bukan?”

Dan aku bukanlah wanita yang kuat untuk menanggung perit dihati. Ia lebih menyeksakan bila tiap saat, tiap masa, tiap ketika perlu untuk memikirkan hati ini.
Bila saat aku terpaksa melepaskan kau. Aku sudah hilang daya untuk hidup. Ya aku seperti gila talak. Ya , mungkin. Namun kau tak kan tahu apa yang ku lakukan untuk kau. Ketika kau melepaskan kannya… kau tak kan tahu, hidup aku hanya berdasarkan apa. Gelap ..aku hilang arah. Mujur, Allah masih setia membantuku. Dia masih sayang kan aku walaupun aku hamba yang sering alpa tentang Nya. Dia buka sinar , sinar untuk hidup aku lebih bermakna. 

Dalam sekalian waktu, aku cuba hidup dengan meletakkan rasa terhadap kau jauh dalam hati ini. Allah maha Berkuasa. Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Dia menitipkan seseorang yang sempurna untukku. Mungkin untuk menguatkan rasa hati aku agar lebih kuat melupakan kau. Dengan kisah yang sama, Allah meletakkan ketentuan di mana aku menjadi yang kedua. Kali ini , aku lebih tegar. Ku kata kan diri ini lebih gagah.
Aku sanggup menanggung perit itu dari menjadi yang ke dua. Ku pinta dia lepaskan yang ada. Keadaan itu kurasa kan yang terbaik. Tanpa di sedari ia memakan diriku kembali. Allah mengujiku. Aku tak Kuat. Bagaimana perlu aku jadi sedemikian. Aku pinta dia fikirkan kembali apa kah dan siapa yang terbaik untuknya. Walaupun aku tidak mahu katakan, tapi aku perlu. Aku perlu matang. Mengambil sesuatu yang bukan milikku ..itu bukan lah AKU. 

Bukan lah NURHIDAYAH.

Fikirku, ia hanya dugaan kecil…namun ia lebih besar, mungkin hatiku mampu ku katakan teguh namun fizikalku tidak. Aku lemah. Hari ku gelap. Aku menyeksa keadaan diriku tanpa aku rela. Aku mula menyesal. Bukan ini yang ku mahu. Bukan ini.
Kenapa aku yang diletakkan sebagai pilihan kedua dan akhirnya aku yang disisihkan.

Ya, itu salahku. Dan akhirnya, aku cekalkan hati.
Aku percaya janji janji Allah. Ada hikmahnya. Aku tak perlu mencari sebabnya, mengapa,kenapa dan segalanya. Aku hanya perlu redha.
Itu yang perlu untuk ku.  Amin.



#Saat ini ,aku harap tiada kesakitan yang perlu untuk aku lalui #

LET IT GO

Assalammualaikum w.b.t …

Bila mood rajin dah datang.. all of the idea.. are coming too .. so aku rasa … aku macam nak vomit semuanya dekat sini.Mood malam : keliru

Kenapa keliru? Ye… aku tengah keliru sangat-sangat …Apa yang aku decide sekarang ni baik untuk aku atau tidak.Tapi first of all .. wa  na luah sikit la… sedikit je la .. *lebih 50 patah perkataan*Esok hari nak trial exam … and aku da macam gila pulun habis 2 weeeks tahan diri .. untuk lupakan hati ni  and started think about my paper.

Dalam 2 minggu tu ..Allah je tahu apa aku rasa. Kontang kanting siak aku kena tinggal dengan status 0 (tak tentu arah) . Abg senyap kang diri macam tu je. Aku tak tahu kenapa. Rasanya beratus text aku bg dia tambah lagi dengan call semua dia tak jawab.Sampai lah satu malam tu aku nekad .. nekad tuntut janji semula… last2 dengan senang dia jawab … “DIA LEPAS KAN AKU…” kalau sekali tak apa… aku boleh tutup telinga anggap dia tersilap cakap . ini berkali kali.. so aku faham lah…he really means about it.Masa tu … kalau kena stab kat mana-mana pun darah tak kan keluar…why? Sebab sakitnya menahan tuhan je tahu. Sumpah. It really hurting me that time.So ..our relay.. terang terang .. had end. Aku makin redha. Mungkin dah ta ada jodoh

Aku mula hidup baru .. settle kan exam and aku buat apa yang perlu. Rasa berubah tu makin lama makin dalam . I m still the same person but what is the different is about my heart. Aku zero.. seriously kosong. Aku serah 100% pada Allah .. kenapa? Sebab ‘he’ knows what is the best for me. For my life.Aku cari kekuatan untuk semua yang berlaku..tak tahu kenapa hati aku rasa lebih kuat. Baru aku faham apa perasaan bila ditinggalkan. #padanmuka kau…sebelum ni orang suka suka kau tinggalkan and now.. serve ur right.

Tamat semifinal exam untuk sem 3 … aku dah kena pindah asrama kat seremban tu haa . Praktikal kat sana … sedikit sebanyak buat aku busy kan diri dengan semua hal yang jadi. Dalam hati tetap ingat but sometime we have to let it go and never say never to forget it.Aku tak cakap senang atau mudah, susahnya tuhan jer tahu. Sampai ke tahap hati ni zero habis.Dalam keadaan macam tu, aku cari sesuatu yang mampu hidupkan balik hati ni. Hidup kan segalanya. Mungkin betul orang cakap, after family, friends are always be there for us. Wani, umi.

Thanks a lots my dears. All their advices , aku terima walaupun berat hati ni. Allah always know what the ‘hikmah’ that faith for me. Aku percaya segala ketentuanNya , ada sesuatu yang manis di sebalik kepahitan yang aku rasa.

Aku harap segalanya dipermudahkan. Amin.-Thanks Allah-   

Permulaan Hidup



Kehidupan bergelar ‘Nurhidayah Binti Roslee’
Dalam hidup ni, terlalu banyak angan angan dan impian yang kita ingin kecapi. Namun kita perlu tahu tidak semua kita perlu mengapainya dan ketahuilah ia tidak mudah.
Permulaan hidup , 15 Ogos 1993 .Dek kerana aku la, tanda sayang dua insan. Ma dan aba.
Nurhidayah (cahaya petunjuk) di letak sebagai tanda ku adalah bakal seorang insan yang diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk merasai kenikmatan hidup dan bergelar seorang hamba di bumi Nya. Indah bukan kerana Dia memberi peluang tanpa menunggu kita sebagai hambanya meminta. Aku bersyukur. Alhamdullilah… Ya Rabbi.
Kini , ku sudah mencapai usia hampir 20 tahun. Dengan kesempurnaan seorang manusia di anugerahi Allah, aku masih lagi bernafas di pentas dunia ciptaan Nya. Alhamdullilah..
Banyak dugaan mengajar ku erti berbicara dalam ketulusan, berbudi tanpa simpati dan berfikir tanpa emosi. Dalam kehidupan bergelar seorang gadis, aku kerap khilaf dan melakukan kesilapan. Aku terlalu alpa, lupa dan bangga dengan cerita rekaan dunia. Aku hilang jiwa luruh ku seketika.  Dan kini, aku bermohon agar Allah memimpin jiwa dan hatiku luruh mengabdikan segala yang bukanlah milikku ini untuk yang maha Esa. Amin…
Namun, aku masih seorang manusia  normal yang lain. Masih lagi..
Punya hobi, punya cita cita, punya angan angan, punya hati untuk dicintai… =)