Khamis, 27 Jun 2013

Permulaan Hidup



Kehidupan bergelar ‘Nurhidayah Binti Roslee’
Dalam hidup ni, terlalu banyak angan angan dan impian yang kita ingin kecapi. Namun kita perlu tahu tidak semua kita perlu mengapainya dan ketahuilah ia tidak mudah.
Permulaan hidup , 15 Ogos 1993 .Dek kerana aku la, tanda sayang dua insan. Ma dan aba.
Nurhidayah (cahaya petunjuk) di letak sebagai tanda ku adalah bakal seorang insan yang diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk merasai kenikmatan hidup dan bergelar seorang hamba di bumi Nya. Indah bukan kerana Dia memberi peluang tanpa menunggu kita sebagai hambanya meminta. Aku bersyukur. Alhamdullilah… Ya Rabbi.
Kini , ku sudah mencapai usia hampir 20 tahun. Dengan kesempurnaan seorang manusia di anugerahi Allah, aku masih lagi bernafas di pentas dunia ciptaan Nya. Alhamdullilah..
Banyak dugaan mengajar ku erti berbicara dalam ketulusan, berbudi tanpa simpati dan berfikir tanpa emosi. Dalam kehidupan bergelar seorang gadis, aku kerap khilaf dan melakukan kesilapan. Aku terlalu alpa, lupa dan bangga dengan cerita rekaan dunia. Aku hilang jiwa luruh ku seketika.  Dan kini, aku bermohon agar Allah memimpin jiwa dan hatiku luruh mengabdikan segala yang bukanlah milikku ini untuk yang maha Esa. Amin…
Namun, aku masih seorang manusia  normal yang lain. Masih lagi..
Punya hobi, punya cita cita, punya angan angan, punya hati untuk dicintai… =)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan