Kadang
kadang kita perlu mengorbankan hati sendiri demi sesuatu yang tidak menyakiti
kita.
# tak tahu
kenapa aku tiba tiba datang mood nak dera jari jari aku ni. Mula menaip sesuatu
yang tidak pernah on planning.
Semakin hari..
semakin ramai orang yang aku kenal. Semakin banyak kisah yang aku tahu. Mereka
ada cerita yang sama. Cerita dimana mereka perlu korbankan sesuatu demi hati
mereka.
“Kamu masih
muda” itu ayat selalu aku dengar. Ya. Aku tak pernah nafikan. Kami masih muda
dan kami telah tersilap langkah dengan meletakkan hati sebagai raja segala
kehidupan. Dan akhirnya kami jatuh ke dalam gaung yang paling dalam sehingga
tak mampu untuk diselamatkan. Arghh aku terlalu banyak guna bahasa yang susah
untuk diertikan.
Aku melakukan
kesilapan dengan cuba menyerahkan hati pada seseorang yang bukan mahram ku.
#hati je la =,=
Kadang kala
aku lebih patut menjadi seseorang yang keras hatinya..kering jiwanya. Namun…
tergamakkah engkau melihat tangisan dan hiba seorang wanita yang lain sedangkan
kau wanita juga seperti dia. Bukan mahu diukur kebaikan itu dasar apa. Cuma ia
perasaan yang tak mungkin kau fahami wahai .. bakal khalifah dunia. Andai
seorang wanita itu sanggup mengambil sesuatu yang bukan untuknya ..dia benar
benar keras hatinya, bukan kejam namun hatinya perih dan kuat untuk menanngung
rasa perit dan sakit yang bakal mendatang. “Hidup tak selalu indah, bukan?”
Dan aku
bukanlah wanita yang kuat untuk menanggung perit dihati. Ia lebih menyeksakan
bila tiap saat, tiap masa, tiap ketika perlu untuk memikirkan hati ini.
Bila saat
aku terpaksa melepaskan kau. Aku sudah hilang daya untuk hidup. Ya aku seperti
gila talak. Ya , mungkin. Namun kau tak kan tahu apa yang ku lakukan untuk kau.
Ketika kau melepaskan kannya… kau tak kan tahu, hidup aku hanya berdasarkan
apa. Gelap ..aku hilang arah. Mujur, Allah masih setia membantuku. Dia masih
sayang kan aku walaupun aku hamba yang sering alpa tentang Nya. Dia buka sinar
, sinar untuk hidup aku lebih bermakna.
Dalam
sekalian waktu, aku cuba hidup dengan meletakkan rasa terhadap kau jauh dalam
hati ini. Allah maha Berkuasa. Aku tak pasti kenapa dan mengapa. Dia menitipkan
seseorang yang sempurna untukku. Mungkin untuk menguatkan rasa hati aku agar
lebih kuat melupakan kau. Dengan kisah yang sama, Allah meletakkan ketentuan di
mana aku menjadi yang kedua. Kali ini , aku lebih tegar. Ku kata kan diri ini
lebih gagah.
Aku sanggup
menanggung perit itu dari menjadi yang ke dua. Ku pinta dia lepaskan yang ada.
Keadaan itu kurasa kan yang terbaik. Tanpa di sedari ia memakan diriku kembali.
Allah mengujiku. Aku tak Kuat. Bagaimana perlu aku jadi sedemikian. Aku pinta
dia fikirkan kembali apa kah dan siapa yang terbaik untuknya. Walaupun aku
tidak mahu katakan, tapi aku perlu. Aku perlu matang. Mengambil sesuatu yang
bukan milikku ..itu bukan lah AKU.
Bukan lah NURHIDAYAH.
Fikirku, ia
hanya dugaan kecil…namun ia lebih besar, mungkin hatiku mampu ku katakan teguh
namun fizikalku tidak. Aku lemah. Hari ku gelap. Aku menyeksa keadaan diriku
tanpa aku rela. Aku mula menyesal. Bukan ini yang ku mahu. Bukan ini.
Kenapa aku
yang diletakkan sebagai pilihan kedua dan akhirnya aku yang disisihkan.
Ya, itu
salahku. Dan akhirnya, aku cekalkan hati.
Aku percaya
janji janji Allah. Ada hikmahnya. Aku tak perlu mencari sebabnya,
mengapa,kenapa dan segalanya. Aku hanya perlu redha.
Itu yang
perlu untuk ku. Amin.
#Saat ini
,aku harap tiada kesakitan yang perlu untuk aku lalui #
Tiada ulasan:
Catat Ulasan