Percaya atau
tidak aku kini bergelar solo! Wow! Bukan
lah sesuatu yang membanggakan namun aku seperti senang dengannya. Bagaimana ya
…?
Ada masa
bosan ya amat sangat, dan masa tu lah aku akan terkenang kenang. Mulalah , air
‘sirap’ nak keluar. Tapi aku masih cekal. Cekal kan hati.
Satu yang
aku pegang ketika ini dan pasti untuk selamanya bahawa, Allah pasti
merencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku. Mungkin ku rasa berat segala yang
terjadi tapi ku pasti Dia menitipkan sesuatu yang indah buatku di lain hari
dalam hidup ku bergelar seorang hamba.
In sya
Allah, aku pasti bahagia. Amin. Ya.. Rabbi..
Seseorang
yang baik hadir ketika aku jatuh. Terima kasih kepada dia. Namun, ini bukan
masa yang sesuai untuk aku membina hubungan yang baru. Aku tak nak memperjudikan
hidupku, hatiku lagi. Cukuplah tamat disini. Bukan sudah berputus asa, namun
ini yang terbaik . Aku mahu seseorang yang pasti dengan ku, dan dial ah
khalifahku. Bukan hubungan di atas tali lagi.
Aku teruskan
kisahku, hidupku seperti biasa. Aku ingin yang terbaik dan aku akan lakukan
yang terbaik dalam hidupku.
Semoga Allah
mendengar setiap rayuanku, permintaanku dalam doa ku. Amin.
#Saat ini :
Aku masih tidak lari dari memikirkan dia. Muhammad Ikqram Haqkimi .
–Maafkan aku. Aku takkan cuba untuk kembali,
aku redha dengan Ketentuan Allah. =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan